Isnin, 18 April 2011

Wasiat Imam Syahid Hassan Al Banna

1. Apabila saudara mendengar azan,maka bangunlah sembahyang serta merta bagaimana
keadaan sekali pun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara
yang baik ataupun amalkan zikirullah dan janganlah sama sekali saudara membuang
masa walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana
bahasa arab yang betul ( itu adalah satu-satunya syiar Islam )

4. Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran
kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu
sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah sesuatu yang sia-sia
malah menyakitkan hati orang lain.

8. Jauhilah daripda mengumpat2 peribadi orang,mengacau pertubuhan2 dan janganlah
bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebaikan.

9. Berkenal-kenalah dengan tiap saudara ikhwan muslim yang saudara bertemu denganya
sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan,kerana asas gerakan dakwah kita
ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada urusan yang ada pada kita oleh itu tolonglah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan
berfaedah dan jitu,saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah
pelaksanaanya.

Khamis, 13 Januari 2011

Rabu, 6 Oktober 2010